w3c
logo-kpkt
Official Portal

MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

www.kpkt.gov.my

faq

FAQ

gap-line

hubungi-kami

Contact Us

gap-line

maklum-balas

Complaints
& Feedback

gap-line

peta-laman

Sitemap

Piagam Pelanggan KPKT

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

 
  Perumahan dan Kerajaan Tempatan
         
    i.
 
Kelulusan permohonan bagi Lesen baharu bagi Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan & Jualan (APDL) yang lengkap selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja dari pematuhan Kelulusan Bersyarat oleh pihak pemaju;  
         
    ii.
 
Kelulusan Pembaharuan Lesen bagi Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan & Jualan (APDLj) dalam lima (5) hari bekerja dari Kelulusan Bersyarat dari Pengawal Perumahan;  
         
    iii.
 
Notis tawaran kompaun kepada kes-kes disyorkan kompaun dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas terima pengesyoran;  
         
    iv.
 
Menyelesaikan tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dalam masa satu ratus sepuluh (110) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes;  
         
    v.
 
Menyelesaikan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata dalam masa satu ratus lima puluh (150) hari bekerja dari tarikh pemfailan kes;  
         
    vi. Menyerahkan Award kepada pihak yang berkenaan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh award,  
         
    vii.
 
Aduan PBT yang diterima oleh JKT: Memanjangkan aduan yang diterima daripada orang awam kepada PBT untuk siasatan awal dalam tempoh dua puluh empat (24) jam waktu bekerja setelah aduan diterima; dan  
         
    viii.
 
Tindakan siasatan Jabatan Teknikal JKT: Melaksanakan siasatan awal seperti kejadian (banjir, pencemaran, tanah runtuh, kesihatan dan sebagainya) yang dimaklumkan oleh pihak PBT dan menyediakan laporan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja.  
         
         
  Kebombaan:  
         
    i.
 
Kelulusan Permohonan bagi Perakuan Pelan Arkitektural dan Pelan Mekanikal & Elektrikal selewat-lewatnya empat belas (14) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;  
         
    ii.
 
Pengeluaran Salinan Laporan Kebakaran/ Kecemasan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan  
         
    iii.
 
Pengeluaran Surat Sokongan Pelesenan Perniagaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap sehingga surat sokong/ tidak disokong ditandatangani.  
         
         
  Perancang Bandar, Landskap dan Pengurusan Sisa Pepejal:  
         
    i.
 
Mendapatkan nasihat Mesyuarat Majlis Perancang dan Fizikal Negara (MPFN) dibawah subseksyen 22(2A) Akta 172 dalam tempoh empat (4) bulan selepas permohonan lengkap diterima;  
         
    ii. Menjawab permohonan penggunaan Taman Persekutuan bagi tujuan rekreasi dalam tempoh lima (5) hari bekerja; dan  
         
    iii.

 
Kelulusan Permohonan bagi Lesen Baharu dan Pembaharuan Lesen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja setelah pengesyoran lengkap daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) diterima.  
         
         
  Pengurusan Latihan, Perolehan & Kewangan dan Aduan:  
         
    i.
 
Melaksanaan kursus I-KPKT mendapat skor purata penilaian sekurang- kurangnya 4.0 pada skala 1-5 dalam penilaian keberkesanan penyampaian;  
         
    ii. Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari selepas maklumat lengkap diterima;  
         
    iii. Akuan penerimaan aduan/pertanyaan selewat-lewatnya satu (1) hari bekerja dari tarikh diterima;  
         
    iv. Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; dan  
         
    v. Penyelesaian aduan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja kecuali bagi aduan yang memerlukan tindakan/siasatan lanjut.  
         
         
  Kawalan Kredit Komuniti:  
         
    i. Surat kelulusan bersyarat bagi lesen baharu dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh kelulusan pendaftar;  
         
    ii. Pembaharuan lesen PPW / PPG dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan  
         
    iii.
 
Pengeluaran Surat Pemakluman Kelulusan permohonan untuk mengadakan sesi lelongan dikeluarkan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas permohonan.  
         
         
         
     

Tarikh Kemaskini :15 Mac 2021

 
         

Last Updated 2021-06-02 11:48:57 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page