w3c
logo-kpkt
Official Portal

MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

www.kpkt.gov.my

faq

FAQ

gap-line

hubungi-kami

Contact Us

gap-line

maklum-balas

Complaints
& Feedback

gap-line

peta-laman

Sitemap

Mengenai Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata

tpps
 
 
| Latar Belakang  | Visi | Misi | Objektif | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi |

Latar Belakang

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) ditubuhkan pada 1 Disember 2002 melalui pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118].  TTPR telah mula beroperasi pada 1 Januari 2003 dan telah meluaskan operasinya di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan mulai 1 Januari 2011 melalui Perintah WP Labuan (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966) 2010. Dari tahun 2003 sehingga Julai 2015, TTPR merupakan satu-satunya Tribunal yang diwujudkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Selain daripada Akta 118, TTPR juga dikawal selia oleh Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah) 2002 yang memperuntukkan secara terperinci berkenaan peraturan-peraturan tuntutan terhadap pemaju perumahan.

Pada 30 Januari 2013, KPKT telah bersetuju untuk menubuhkan pejabat Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) yang menggabungkan TTPR dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS).

TPS ditubuhkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757] yang telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Februari 2013. Akta 757 mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2015. TPS telah mula beroperasi pada 1 Julai 2015 dan dikawalselia oleh Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015.

Ibu pejabat TPPS beroperasi di Putrajaya dan mempunyai tiga buah pejabat di Zon Timur (Kuala Terengganu), Zon Selatan (Johor Bahru) dan Zon Utara (Kepala Batas). TPPS mempunyai empat buah mahkamah tribunal di Putrajaya manakala sebuah mahkamah tribunal bagi setiap pejabat zon. Selain daripada itu, TPPS mempunyai lima buah mahkamah tambahan iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Muar.


Visi

Peneraju dalam penyelesaian pertikaian tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata

 

Misi

Menyelesaikan pertikaian dan mengadili tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata secara berintegriti, kos efektif dan dalam tempoh yang singkat
 

 

Objektif

Tribunal yang mendengar dan mengendali tuntutan pembeli rumah dan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat

 

Piagam Pelanggan
pointer_blue Menyelesaikan tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah dalam masa 110 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes.
pointer_blue Menyelesaikan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata dalam masa 150 hari bekerja dari tarikh pemfailan kes.
pointer_blue Menyerahkan Award kepada pihak yang berkenaan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh award.
 

| ke atas |

Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata.

| ke atas |


Last Updated 2021-08-08 18:50:10 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page