Untuk Menjadi Pemudahcara dan Memberi Perkhidmatan Khidmat Pengurusan Terbaik Ke Arah Mencapai Teras-teras Utama Kementerian |
|
Menjadi Bahagian Yang Terunggul, Berintergriti, Berwibawa dan Cemerlang Dalam Memberi Perkhidmatan Khidmat Pengurusan Kepada Semua Jabatan dan Bahagian Di Kementerian. |
|
Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab menyediakan khidmat sokongan dari segi Pentadbiran Am, Pengurusan Aset dan Stor, Hal Ehwal Keselamatan Fizikal, Dokumen dan Individu, Protokol dan Percetakan serta Pengurusan Kenderaan Kementerian yang berkesan bagi memastikan objektif Kementerian tercapai dengan jayanya seperti berikut :-
|
|
|
Memastikan pengurusan pentadbiran Kementerian meliputi pejabat anggota pentadbiran dan pengurusan tertinggi berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan; |
|
Memastikan Pengurusan rekod kerajaan di Kementerian mengikut peraturan dan piawaian yang sedang berkuatkuasa. |
|
Memastikan tahap keselamatan fizikal, dokumen dan individu di Kementerian dipertingkatkan dan dimantapkan dari masa ke semasa; |
|
Memastikan pengurusan kenderaan mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa. |
|
Memastikan pengurusan aset dan stor dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan; |
|
Menyelaras pengurusan protokol majlis-majlis rasmi Kementerian dan mendokumentasikannya untuk panduan dan rujukan; dan |
|
memasti dan melahirkan Pegawai dan Kakitangan yang mempunyai kekuatan rohani, akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat kebudayaan, inovatif serta cekap menangani cabaran semasa secara bijaksana, rasional, raktikal dan damai. |
|
|
|
|
1.
|
Menerima, melulus dan merekod tempahan bilik mesyuarat dalam tempoh lima (5) minit.
|
2.
|
Memastikan keperluan / persiapan bilik mesyuarat yang ditempah siap sedia untuk digunakan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mesyuarat berlangsung.
|
3.
|
Memastikan maklumbalas permohonan penggunaan kenderaan diberi dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
|
4.
|
Memproses dan merekodkan permohonan pinjaman bahan rujukan perpustakaan dalam tempoh lima (5) minit.
|
5.
|
Memproses pembukaan dan pendaftaran fail baru dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan.
|
6.
|
Memastikan edaran dan penawanan surat menggunakan Digital Document Management System (DDMS) dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh terima.
|
7. |
Menyelaras pemeriksaan Aset Kerajaan sekali (1) setahun selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM : Pengurusan Aset. |
8. |
Menyelaras pemeriksaan dan verifikasi stok di Stor Utama sekali (1) setahun selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM : Pengurusan Aset. |
9. |
Menyediakan dan Mengemukakan Laporan Eksekutif Pengurusan Aset Kerajaan kepada Perbendaharaan Malaysia sebelum 15 Mac tahun berikutnya. |
10. |
Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) peringkat Kementerian mengikut suku tahunan. |
|
|
|
|
Alamat Surat - Menyurat |
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 16, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia. |
Last Updated 2021-08-06 23:59:28 by Administrator