Semua projek-projek pembangunan dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna.
|
|
Merancang, melaksana, memantau dan menilai semua projek pembangunan dengan menggunakan kaedah yang berkesan.
|
|
Memastikan pelaksanaan projek pembangunan mengikut masa yang dipersetujui, kos yang ekonomik dan kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan dengan cara:
|
Merancang bajet dengan lebih efisyen.
|
|
Melaksana dan menyelenggara projek mengikut jadual yang ditetapkan.
|
|
Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan dengan lancar.
|
|
Menilai projek pembangunan yang siap dilaksanakan bagi mendapatkan hasil dan impak projek.
|
|
|
|
Menyelaras bajet pembangunan bagi projek-projek pembangunan KPKT.
|
|
Menyelaras pelaksanaan dan menyelenggara projek-projek pembangunan KPKT.
|
|
Menyelaras pemantauan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan KPKT.
|
|
Menyelaras penilaian program / projek pembangunan KPKT.
|
|
Fungsi Unit - Unit Di Bawah Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek |
|
Unit Pemantauan Projek
|
|
|
Menyelaras pemantauan projek pembangunan KPKT bagi Rancangan Pembangunan 5 Tahun.
|
|
Urus Setia Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian.
|
|
Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah Persekutuan Peringkat KPKT.
|
|
Sekretariat Kementerian bagi Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Infrastruktur.
|
|
Menyelaras sistem maklumat dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II).
|
|
Urus Setia Lawatan Pemantauan Projek oleh Pengurusan Tertinggi KPKT. |
|
|
Unit Bajet Pembangunan
|
|
|
Merancang dan menyelaras penyediaan Bajet Pembangunan :
|
|
i. |
Tahunan |
ii. |
Rancangan Pembangunan 5 Tahun |
|
|
Memantau prestasi perbelanjaan pembangunan KPKT.
|
|
Menyelaras urusan permohonan Notis Perubahan dan urusan pindah peruntukan
|
|
|
Unit Penilaian
|
|
|
Menganalisa keperluan melaksanakan penilaian keberkesanan dan hasil projek/program kementerian.
|
|
Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian penilaian keberkesanan dan hasil projek/program pembangunan dengan Kerjasama Jabatan serta agensi pelaksana.
|
|
Menyelaras pembentangan kajian penilaian outcome dan penambahbaikan peringkat kementerian dan agensi pusat
|
|
Merancang, menyelaras dan menilai pelaksanaan Aktiviti Penilaian Inspektorat (API) Kementerian.
|
|
Menilai dan memantau ketersediaan pengoperasian projek pembangunan yang telah siap.
|
|
Menyelaras pencapaian dan pelaksanaan KPI Bahagian.
|
|
Menyemak dan menyelaras maklum balas bagi penemuan serta teguran pengauditan khas Jabatan Audit Negara. |
|
|
Seksyen Khidmat Pengurusan
|
|
|
Menyelaras dan mengawalselia perbelanjaan Mengurus Bahagian.
|
|
Menguruskan akaun dan pembayaran.
|
|
Menyelaras urusan pentadbiran dan keselamatan pejabat.
|
|
Menyelaras pengurusan pentadbiran Bahagian termasuk pengurusan fail dan rekod, kenderaan, keperluan peralatan dan kelengkapan.
|
|
Menyelaras pengurusan aset alih dan stor Bahagian.
|
|
Menyelaras pengurusan keselamatan Bahagian.
|
|
Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Bahagian.
|
|
Menyelaras urusan-urusan perkhidmatan dan sumber manusia melibatkan pegawai/kakitangan Bahagian. |
|
|
Unit Pengurusan Projek
|
|
|
Mengurus pelaksanaan dari segi perancangan, penyelarasan, dari awal sehingga akaun ditutup.
|
|
Menyelaras penyediaan kajian kemungkinan projek.
|
|
Menyediakan laporan bulanan kemajuan projek.
|
|
Menyelaras pelaksanaan projek di peringkat pembinaan dan mengenalpasti pemasalahan.
|
|
Pusat rujukan mengenai projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek.
|
|
|
Unit Senibina
|
|
|
Menyedia dan susun atur rekabentuk senibina dan lukisan butiran projek.
|
|
Penyelarasan sokongan dan kelulusan dari Jabatan Teknikal dan PBT.
|
|
Memastikan pelaksanaan projek mematuhi syarat-syarat dari segi piawaian dan kos.
|
|
Menyelaras Penyata Kehendak dalam projek-projek "Design & Build" dan penilaian teknikal tender.
|
|
Memantau pelaksanaan projek yang diselia oleh Juruperunding dalam hal-hal berkaitan senibina.
|
|
Memberi khidmat nasihat dalam hal senibina kepada Jabatan dan Kementerian. |
|
|
Unit Kejuruteraan Awam dan Struktur
|
|
|
|
Unit Kejuruteraan Elektrik
|
|
|
Menyelaras pelaksanaan kerja penyelenggaraan sistem elektrik bagi projek penyelenggaraan KPKT.
|
|
Bertanggungjawab memantau kerja-kerja pemasangan elektrikal untuk luar dan dalam bangunan yang diselia oleh Juruperunding Elektrikal bagi semua projek di bawah KPKT.
|
|
Bertanggungjawab memastikan keperluan kerajaan di dalam Penyata Kehendak menepati garis panduan yang dikehendaki pelanggan dalam semua projek pembinaan KPKT.
|
|
Membuat penilaian skop dan semakan lukisan untuk sistem elektrikal bagi projek Reka dan Bina.
|
|
Memberi khidmat nasihat dalam aspek elektrikal kepada Jabatan dan Kementerian.
|
|
|
Unit Kejuruteraan Mekanikal
|
|
|
Menyelaras pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem Mekanikal bagi semua projek.
|
|
Penyediaan dan penilaian tender dari aspek mekanikal untuk projek "Reka & Bina".
|
|
Merancang keperluan sistem mekanikal dalam bangunan dan merekabentuk sistem dan kelengkapan mekanikal.
|
|
Menyelaras dan mengawas pemasangan sistem mekanikal bagi memastikan sistem berfungsi.
|
|
Memberi khidmat nasihat dalam aspek mekanikal kepada Jabatan dan Kementerian.
|
|
|
Unit Kontrak dan Ukur Bahan
|
|
|
Menyemak dokumen meja tawaran dan menyediakan dokumen kontrak yang lengkap serta menepati perundangan kontrak.
|
|
Menyediakan anggaran jabatan bagi sesuatu projek.
|
|
Menyemak, menilai dan mengesyorkan kos-kos yang terlibat semasa peringkat prakontrak, semasa pembinaan dan selepas kontrak.
|
|
Memberi khidmat nasihat berkaitan permohonan pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP).
|
|
Menyedia anggaran kos bahan-bahan binaan serta bahan / kaedah alternatif.
|
|
Mengemaskini harga bahan-bahan binaan, kos binaan dan kos keseluruhan projek-projek untuk maksud perbelanjaan dan kajian. |
|
|
Unit Ukur Tanah
|
|
|
Menjalankan kerja-kerja pengukuran tapak projek dan penyediaan pelan tapak.
|
|
Menguruskan penyediaan dokumen perjanjian (MoA) dangan Perunding Ukur.
|
|
Menguruskan bayaran kepada Perunding Ukur.
|
|
Penyediaan Pelan untuk permohonan hakmilik, pengambilan balik tanah dan pajakan.
|
|
Membuat semakan ke atas pelan Pra-Hitungan yang disediakan oleh Perunding Ukur.
|
|
Pemantauan terhadap kemajuan kerja Perunding Ukur.
|
|
|
Unit Penyelenggaraan
|
|
|
Menyelaras perkhidmatan penyelenggaraan minor, major dan berkala bagi semua bangunan-bangunan di bawah tanggungjawab KPKT.
|
|
Menyediakan Laporan penyelenggaraan dari masa ke semasa.
|
|
Membuat pemeriksaan dan penilaian berkala.
|
|
Menguruskan perolehan kontrak kerja penyelenggaraan.
|
|
Penyeliaan kerja-kerja penyelenggaraan.
|
|
|
Pejabat-pejabat Wilayah
|
|
|
Bertanggungjawab menyelaras dan memantau projek-projek pembangunan KPKT.
|
|
Mengurus hal yang berkaitan pentadbiran Pejabat Wilayah.
|
|
Membantu Kerajaan Negeri mengenalpasti projek baru, membuat kajian kemungkinan keperluan perumahan.
|
|
Membantu pihak Ibu Pejabat membuat kajian terperinci projek yang telah diluluskan.
|
|
Menyelaras dan mengawasi agar kerja pembinaan dibuat mengikut spesifikasi dan kualiti yang ditentukan dan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran kontrak, sehingga peringkat memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan pembaikan kecacatan.
|
|
Membantu melaksanakan pemeriksaan rumah bagi Skim Pinjaman Perumahan (SPP).
|
|
Membantu memastikan dasar dan arahan Kementerian dipatuhi dan dilaksanakan.
|
|
Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan Negeri berkaitan projek-projek yang dikendalikan oleh Kerajaan. |
|
|
|
1.
|
Mengemukakan permohonan Notis Perubahan (NOC) yang lengkap daripada Jabatan ke Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
|
|
2.
|
Mengemukakan permohonan tanah yang lengkap ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
|
|
3.
|
Memastikan bahawa setiap bil / tuntutan bayaran kerja yang telah disemak dan disahkan dihantar kepada Pejabat Pembayar dalam tempoh tidak melebihi dua (2) hari bekerja dari tarikh ianya diterima.
|
|
|
Alamat Surat - Menyurat
|
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 5 - 9, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia.
|
Last Updated 2021-08-07 00:21:47 by Administrator