Menjadi penggerak kecemerlangan keurussetiaan strategik dan hubungan antarabangsa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang efisyen, efektif dan dinamik.
|
|
Merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal keurussetiaan strategik dan hubungan antarabangsa KPKT, melalui pelaksanaan program pengurusan peringkat kementerian, kebangsaan dan antarabangsa dengan cekap dan berkesan.
|
|
|
Memastikan semua urusan mesyuarat utama kementerian dan maklum balas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; dan
|
|
Memastikan penglibatan aktif kementerian dalam program dan aktiviti hal ehwal antarabangsa.
|
|
|
|
Menyedia dan mengedar Minit Mesyuarat:
(a) Pascakabinet;
(b) Pengurusan Tertinggi (MPT); dan
(c) Pengurusan.
|
|
Menyelaras dan menyedia maklum balas:
(a) Mesyuarat Pascakabinet;
(b) Mesyuarat Pengurusan Tertinggi; dan
(c) Mesyuarat Pengurusan.
|
|
Menyelaras, menyedia dan mengemukakan maklum balas terhadap Mesyuarat-mesyuarat Utama Kerajaan yang dihadiri oleh YB Menteri KPKT, YB Timbalan Menteri KPKT dan KSU.
|
|
Menyelaras, menyedia dan mengemukakan maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM).
|
|
Menyelaras Memorandum dan Nota Jemaah Menteri.
|
|
Menyelaras, menyedia dan mengemukakan ulasan terhadap Memorandum daripada Kementerian/ agensi lain.
|
|
Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan urusan hal-ehwal Parlimen.
|
|
Menyelaras maklum balas dan input ke atas usul-usul yang diterima daripada Parlimen.
|
|
Menyelaras jawapan bagi soalan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) iaitu Lisan, Bukan Lisan, Usul, Kamar Khas dan Masa Pertanyaan Menteri (MQT).
|
|
Menyelaras input dan menyedia Teks YB Menteri/ YB Timbalan Menteri di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Titah Diraja, Bajet Peringkat Dasar, Bajet Peringkat Jawatankuasa dan Rang Undang-undang.
|
|
Mengurussetiakan Mesyuarat Penyelarasan Jawapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Mesyuarat Penyelarasan Teks Perbahasan bersama Pegawai Penyelaras Jabatan/Bahagian.
|
|
Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti, program dan maklum balas hal-ehwal antarabangsa yang melibatkan KPKT.
|
|
Mengurussetiakan program-program bagi United Nations Human Settlement Programme (UN-HABITAT) di Malaysia (National Focal Point). |
|
Menyelaras Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Habitat Sedunia dan memantau serta menyediakan Laporan Sambutan Hari Habitat Sedunia kepada UN-HABITAT. |
|
Mengurussetiakan penyertaan KPKT dalam organisasi antarabangsa [UN- HABITAT Governing Council (UNGC), Commonwealth Local Government Forum (CLGF), International Solid Waste Association (ISWA) dan Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM)]. |
|
Menyelaras input dan menyedia Laporan Tahunan KPKT. |
|
Menyelaras lawatan rasmi ke luar negara YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan KSU bersama delegasi. |
|
Menyelaras kunjungan hormat/lawatan delegasi luar negara ke KPKT. |
|
Mengatur lawatan tapak delegasi antarabangsa dengan kerjasama Jabatan/ Bahagian berkaitan. |
|
|
|
1. |
Mengurussetia mesyuarat-mesyuarat utama KPKT:
|
|
i. Mesyuarat Pascakabinet : 1 kali seminggu |
|
ii. Mesyuarat Pengurusan : 1 kali seminggu |
|
|
2. |
Mengedar minit mesyuarat utama KPKT dalam tempoh 3 hari.
|
3. |
Mengemuka maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tempoh yang telah ditetapkan oleh BKPP.
|
4. |
Menyemak dan menguruskan Kertas Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari setelah diterima daripada Jabatan/Bahagian.
|
5. |
Mengemuka Kertas Jemaah Menteri kepada BKPP, JPM pada tempoh yang telah ditetapkan oleh BKPP.
|
6. |
Menyelaras dan mengemuka ulasan bagi Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 14 hari atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian/Agensi.
|
7. |
Mengemuka jawapan kepada pertanyaan Parlimen kepada YB Menteri atau YB Timbalan Menteri dalam tempoh 3 hari sebelum soalan dijawab di Parlimen.
|
8. |
Menyelaras input dan menyedia teks Penggulungan Perbahasan Input Titah Diraja, Bajet Dasar dan Bajet Jawatankuasa bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
|
9. |
Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing ke KPKT dalam tempoh 2 bulan.
|
10. |
Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing ke KPKT dalam tempoh 7 hari.
|
11. |
Menyelaras dan menyediakan maklum balas hal ehwal antarabangsa yang melibatkan KPKT dalam tempoh 3 hari atau masa yang ditetapkan oleh agensi.
|
|
|
|
Setiausaha Bahagian
Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 20, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100, Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon |
: |
603-8891 5088/5089 |
No. Fax |
: |
603-8891 3088 |
e-Mel |
: |
osh@kpkt.gov.my |
|
Last Updated 2021-08-08 01:48:08 by Administrator