w3c
logo-kpkt
Official Portal

MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

www.kpkt.gov.my

faq

FAQ

gap-line

hubungi-kami

Contact Us

gap-line

maklum-balas

Complaints
& Feedback

gap-line

peta-laman

Sitemap

Bahagian Undang-Undang

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |

Visi

Menjadi suatu Bahagian yang berwibawa dalam memberi nasihat undang-undang yang profesional dan bermutu mengikut undang-undang negara.

image

Misi
Menjadi Bahagian yang :
pointer_blue

Diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam  memberi nasihat perundangan; dan

pointer_blue

Mampu membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan  awam, keadilan dan manfaat yang berterusan kepada negara.

image

Objektif

Memberi nasihat perundangan yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada Kementerian dan agensi-agensi di bawahnya dalam masa yang ditetapkan.


image

Fungsi
  Antara Fungsi Utama Bahagian ini adalah seperti berikut:
 
pointer_blue

Memberi nasihat undang-undang mengenai semua bidang undang-undang   berkenaan dengan perkara yang dirujuk kepadanya oleh Kementerian dan  agensi-agensi di bawahnya.

pointer_blue

Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis  perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya  Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan  dilindungi.

pointer_blue

Menggubal, menyemak atau membuat pindaan kepada undang-undang utama atau perundangan subsidiari.

pointer_blue

Meneliti kertas siasatan yang dikemukakan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81], Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) serta perundangan yang berkaitan.

pointer_blue

Menjalankan pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 [Akta 81], Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) serta perundangan yang berkaitan.

pointer_blue

Mengendalikan tindakan sivil yang dibawa oleh Kementerian.

pointer_blue

Membantu Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara berhubung dengan tindakan sivil terhadap Kementerian.


image

Piagam Pelanggan
 
 

1.

Memberi nasihat undang-undang yang berkualiti dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dengan mengambil kira dasar Kerajaan, Kementerian dan kepentingan awam dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut.

  2.


 

Menyediakan dan/atau menyemak draf kontrak/perjanjian, memorandum persefahaman dan dokumen perundangan yang lain supaya kepentingan Kerajaan terlindung dan teratur dari segi undang-undang dan penggubalan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut.

  3.


 

Menggubal dan/atau menyemak draf rang undang-undang dan perundangan subsidiari supaya teratur dan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang lain yang berkuat kuasa dan dasar-dasar Kerajaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada kompleksiti isu undang-undang yang dikemukakan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah lengkap serta tidak memerlukan perbincangan lanjut.

  4.

 

Mengemukakan dokumen, laporan dan kertas kausa bagi kes sivil yang berkaitan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas dokumen dan maklumat lengkap diterima.

  5.
 
Meneliti dan memberi arahan serta menjalankan pendakwaan secara profesional bagi kes-kes jenayah menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sehingga kes selesai dengan mengambil kira kepentingan awam dan Negara.


image

Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Bahagian Undang-undang.


image

image Alamat Surat - Menyurat
Penasihat Undang-undang
Bahagian Undang-undang
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 19, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.

 

No. Telefon : 603-8891 5137
No. Fax : 603-8891 3195
e-Mel : perundangan@kpkt.gov.my                                                                                              

Last Updated 2021-08-08 01:47:22 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page