w3c
logo-kpkt
Official Portal

MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

www.kpkt.gov.my

faq

FAQ

gap-line

hubungi-kami

Contact Us

gap-line

maklum-balas

Complaints
& Feedback

gap-line

peta-laman

Sitemap

Bahagian Sumber Manusia

| Visi | Misi |Objektif | Piagam PelangganPelan Strategik | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |

Visi

Peneraju kecemerlangan perancangan, pengurusan dan pembangunan modal insan.

Misi

Merancang, mengurus dan membangunkan modal insan yang berprestasi tinggi bagi menjayakan visi dan misi Kementerian.

image

Objektif
pointer_purple

Memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempunyai tenaga manusia yang mencukupi dan digunakan secara optimum.

pointer_purple

 

Memastikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan  mempunyai tenaga manusia yang berilmu, berdisiplin dan berdedikasi agar program Kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Fungsi
   
pointer_purple

Merancang dan mengurus urusan berkaitan  pengambilan, pelantikan, dan peletakan jawatan pegawai KPKT. Menguruskan urusan berkaitan Pengesahan Lantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan kemasukan ke dalam jawatan yang berpencen serta permohonan pertukaran dalaman dan luaran pegawai dibawah Kementerian.

pointer_purple

 
Merancang dan menguruskan permohonan pewujudan, pemansuhan, penggredan semula jawatan dan penyusunan semula struktur organisasi di Kementerian dan Jabatan /Agensi di bawahnya. Merancang dan menyelaras pelaksanaan naziran perjawatan Kementerian serta memantau pelaksanaan HRMIS di Kementerian.
pointer_purple


 

Melaksanakan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat secara biasa dan KUP bagi pegawai KPKT. Melaksanakan urusan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Bertanggungjawab sebagai urus setia Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) di Kementerian.

pointer_purple
 
Merancang dan menyelaras Program Latihan Tahun KPKT. Memperaku keputusan peperiksaan Jabatan untuk skim yang berkaitan. Melaksanakan Program Transformasi Minda (PTM) bagi pegawai baru di Kementerian.
pointer_purple


 

Menggubal Dasar dan Hala Tuju Pembangunan Sumber Manusia.
Menyediakan Perancangan / Pelan Strategik Sumber Manusia. Menyediakan Pelan Penggantian/ Fast Track bagi jawatan utama dan strategik serta SME bagi jawatan bukan gunasama.

pointer_purple

 
Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. Memberi khidmat nasihat rundingan serta melaksanakan program intervensi bagi Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi anggota perkhidmatan awam.
   

image

Piagam Pelanggan
1.
 
Memastikan 90% daripada kursus dan latihan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tahun semasa.
 
2.

 
  Memastikan proses kenaikan pangkat bagi jawatan tertutup diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima.
 
3.

 
  Memastikan 90% daripada aktiviti penyusunan semula organisasi dan perjawatan di Kementerian dapat dikemukakan kepada agensi pusat dalam tempoh 6 hingga 12 bulan.
 
4.
 
  Menyedia dan mengemaskini Senarai Perjawatan bagi penjawat awam Kementerian dalam tempoh tiga (3) bulan.
 
5.
 
  Memastikan 90% daripada urusan penempatan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
 
6.
 
  Memastikan maklum balas sesi kaunseling dikemukakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
 
7.
 
  Mengadakan sesi kaunseling tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diterima.
 
8.

 
  Memastikan pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen diselesaikan dalam tempoh 10 hari (dari tarikh permohonan lengkap diterima) ke dalam sistem urusan perkhidmatan secara online (ePengesahan).
 
9.
 
  Memastikan urusan permohonan persaraan wajib ke JPA dikemukakan dalam tempoh enam (6) bulan  dan persaraan pilihan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai.

image

Pelan Strategik Sumber Manusia 2016-2020
Sila klik Pelan Strategik Sumber Manusia 2016-2020

image

Carta Organisasi

image

Alamat Surat - Menyurat
Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 11 & 12, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100, Putrajaya, Malaysia.

 
No. Telefon : 603-8891 5223
No. Fax :

603-8891 3492

e-Mel : papbhr@kpkt.gov.my                                                                                              

image


Last Updated 2021-08-08 01:49:17 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page