w3c
logo-kpkt
Official Portal

MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

www.kpkt.gov.my

faq

FAQ

gap-line

hubungi-kami

Contact Us

gap-line

maklum-balas

Complaints
& Feedback

gap-line

peta-laman

Sitemap

Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi Utama | Fungsi Unit - unit | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |

Visi

Semua projek-projek pembangunan dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna.

image

Misi

Merancang, melaksana, memantau dan menilai semua projek pembangunan dengan menggunakan kaedah yang berkesan.

image

Objektif
Memastikan pelaksanaan projek pembangunan mengikut masa yang dipersetujui, kos yang ekonomik dan kualiti yang memenuhi kehendak pelanggan dengan cara:
 
pointer_purple

Merancang bajet dengan lebih efisyen.

pointer_purple

Melaksana dan menyelenggara projek mengikut jadual yang ditetapkan.

pointer_purple

Memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan agar berjalan dengan lancar.

pointer_purple

Menilai projek pembangunan yang siap dilaksanakan bagi mendapatkan hasil dan impak projek.

image

Fungsi Utama
pointer_purple

Menyelaras bajet pembangunan bagi projek-projek pembangunan KPKT. 

pointer_purple

Menyelaras pelaksanaan dan menyelenggara projek-projek pembangunan KPKT.

pointer_purple

Menyelaras pemantauan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan KPKT.

pointer_purple

Menyelaras penilaian program / projek pembangunan KPKT.

image

Fungsi Unit - Unit Di Bawah Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek
pointer  red

 Unit Pemantauan Projek

 
pointer  red

Menyelaras pemantauan projek pembangunan KPKT bagi Rancangan Pembangunan 5 Tahun.

pointer  red

Urus Setia Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian.

pointer  red

Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pemantauan Tanah Persekutuan Peringkat KPKT.

pointer  red

Sekretariat Kementerian bagi Mesyuarat Peringkat Menteri Kluster Infrastruktur dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Infrastruktur.

pointer  red

Menyelaras sistem maklumat dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II).

pointer  red Urus Setia Lawatan Pemantauan Projek oleh Pengurusan Tertinggi KPKT.
 
pointer  red

 Unit Bajet Pembangunan

 
pointer  red

Merancang dan menyelaras penyediaan Bajet Pembangunan :

 
i.  Tahunan
ii.  Rancangan Pembangunan 5 Tahun
pointer  red

Memantau prestasi perbelanjaan pembangunan KPKT.

pointer  red

Menyelaras urusan permohonan Notis Perubahan dan urusan pindah peruntukan

 
pointer  red

 Unit Penilaian

 
pointer  red

Menganalisa keperluan melaksanakan penilaian keberkesanan dan hasil projek/program kementerian.

pointer  red

 

Merancang, menyelaras dan melaksanakan kajian penilaian keberkesanan dan hasil projek/program pembangunan dengan Kerjasama Jabatan serta agensi pelaksana.

pointer  red

Menyelaras pembentangan kajian penilaian outcome dan penambahbaikan peringkat kementerian dan agensi pusat

pointer  red

Merancang, menyelaras dan menilai pelaksanaan Aktiviti Penilaian Inspektorat (API) Kementerian.

pointer  red

Menilai dan memantau ketersediaan pengoperasian projek pembangunan yang telah siap.

pointer  red
 
Menyelaras pencapaian dan pelaksanaan KPI Bahagian.
 
pointer  red Menyemak dan menyelaras maklum balas bagi penemuan serta teguran pengauditan khas Jabatan Audit Negara.
 
pointer  red

 Seksyen Khidmat Pengurusan

 
pointer  red

Menyelaras dan mengawalselia perbelanjaan Mengurus Bahagian.

pointer  red

Menguruskan akaun dan pembayaran.

pointer  red

Menyelaras urusan pentadbiran dan keselamatan pejabat.

pointer  red

Menyelaras pengurusan pentadbiran Bahagian termasuk pengurusan fail dan rekod, kenderaan, keperluan peralatan dan kelengkapan.

pointer  red

Menyelaras pengurusan aset alih dan stor Bahagian.

pointer  red

Menyelaras pengurusan keselamatan Bahagian.

pointer  red

Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Bahagian.

pointer  red Menyelaras urusan-urusan perkhidmatan dan sumber manusia melibatkan pegawai/kakitangan Bahagian.
 
pointer  red

 Unit Pengurusan Projek

 
pointer  red

Mengurus pelaksanaan dari segi perancangan, penyelarasan, dari awal sehingga akaun ditutup.

pointer  red

Menyelaras penyediaan kajian kemungkinan projek.

pointer  red

Menyediakan laporan bulanan kemajuan projek.

pointer  red

Menyelaras pelaksanaan projek di peringkat pembinaan dan mengenalpasti pemasalahan.

pointer  red

Pusat rujukan mengenai projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek.

 
pointer  red

 Unit Senibina

 
pointer  red

Menyedia dan susun atur  rekabentuk senibina dan lukisan butiran projek.

pointer  red

Penyelarasan sokongan dan kelulusan dari Jabatan Teknikal dan PBT.

pointer  red

Memastikan pelaksanaan projek mematuhi syarat-syarat dari segi piawaian dan kos.

pointer  red

Menyelaras Penyata Kehendak dalam projek-projek "Design & Build" dan penilaian teknikal tender.

pointer  red

Memantau pelaksanaan projek yang diselia oleh Juruperunding dalam hal-hal berkaitan senibina.

pointer  red Memberi khidmat nasihat dalam hal senibina kepada Jabatan dan Kementerian.
 
pointer  red

 Unit Kejuruteraan Awam dan Struktur

 
pointer  red

Mengkaji kesesuaian tapak projek dari segi kejuruteraan sebelum projek tersebut dimulakan.

pointer  red

Mengurus, menyelaras dan merekabentuk semua perkara yang berkaitan dengan penyediaan kejuruteraan awam.

pointer  red

Memberi khidmat nasihat dalam hal-hal berkaitan dengan kejuruteraan awam.

pointer  red
 
Menjalankan kerja penyiasatan tanah untuk sesuatu projek.
 
pointer  red
 
Menyediakan rekabentuk asas yang bersesuaian dengan hasil siasatan tanah yang telah dijalankan.
 
pointer  red
 
Menyedia rekabentuk struktur dan lukisan-lukisan yang berkaitan.
 
pointer  red Memberi khidmat nasihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kejuruteraan struktur kepada Jabatan / Bahagian.
   
pointer  red

 Unit Kejuruteraan Elektrik

 
pointer  red

Menyelaras pelaksanaan kerja penyelenggaraan sistem elektrik bagi projek penyelenggaraan KPKT.

pointer  red

 

Bertanggungjawab memantau kerja-kerja pemasangan elektrikal untuk luar dan dalam bangunan yang diselia oleh Juruperunding Elektrikal bagi semua projek di bawah KPKT.

pointer  red

 

Bertanggungjawab memastikan keperluan kerajaan di dalam Penyata Kehendak menepati garis panduan yang dikehendaki pelanggan dalam semua projek pembinaan KPKT.

pointer  red

Membuat penilaian skop dan semakan lukisan untuk sistem elektrikal bagi projek Reka dan Bina.

pointer  red

Memberi khidmat nasihat dalam aspek elektrikal kepada Jabatan dan Kementerian.

pointer  red

 Unit Kejuruteraan Mekanikal

 
pointer  red

Menyelaras pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem Mekanikal bagi semua projek.

pointer  red

Penyediaan dan penilaian tender dari aspek mekanikal untuk projek "Reka & Bina".

pointer  red

Merancang keperluan sistem mekanikal dalam bangunan dan merekabentuk sistem dan kelengkapan mekanikal.

pointer  red

Menyelaras dan mengawas pemasangan sistem mekanikal bagi memastikan sistem berfungsi.

pointer  red

Memberi khidmat nasihat dalam aspek mekanikal kepada Jabatan dan Kementerian.

 
pointer  red

 Unit Kontrak dan Ukur Bahan

 
pointer  red

Menyemak dokumen meja tawaran dan menyediakan dokumen kontrak yang lengkap serta menepati perundangan kontrak.

pointer  red

Menyediakan anggaran jabatan bagi sesuatu projek.

pointer  red

Menyemak, menilai dan mengesyorkan kos-kos yang terlibat semasa peringkat prakontrak, semasa pembinaan dan selepas kontrak.

pointer  red

Memberi khidmat nasihat berkaitan permohonan pinjaman di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP).

pointer  red

Menyedia anggaran kos bahan-bahan binaan serta bahan / kaedah alternatif.

pointer  red Mengemaskini harga bahan-bahan binaan, kos binaan dan kos keseluruhan projek-projek untuk maksud perbelanjaan dan kajian.
 
pointer  red

 Unit Ukur Tanah

 
pointer  red

Menjalankan kerja-kerja pengukuran tapak projek dan penyediaan pelan tapak.

pointer  red

Menguruskan penyediaan dokumen perjanjian (MoA) dangan Perunding Ukur.

pointer  red

Menguruskan bayaran kepada Perunding Ukur.

pointer  red

Penyediaan Pelan untuk permohonan hakmilik, pengambilan balik tanah dan pajakan.

pointer  red

Membuat semakan ke atas pelan Pra-Hitungan yang disediakan oleh Perunding Ukur.

pointer  red

Pemantauan terhadap kemajuan kerja Perunding Ukur.

 
pointer  red

 Unit Penyelenggaraan

 
pointer  red
 

Menyelaras perkhidmatan penyelenggaraan minor, major dan berkala bagi semua bangunan-bangunan di bawah tanggungjawab KPKT.

pointer  red

Menyediakan Laporan penyelenggaraan dari masa ke semasa.

pointer  red

Membuat pemeriksaan dan penilaian berkala.

pointer  red

Menguruskan perolehan kontrak kerja penyelenggaraan.

pointer  red

Penyeliaan kerja-kerja penyelenggaraan.

 
pointer  red

 Pejabat-pejabat Wilayah

 
pointer  red

Bertanggungjawab menyelaras dan memantau projek-projek pembangunan KPKT.

pointer  red

Mengurus hal yang berkaitan pentadbiran Pejabat Wilayah.

pointer  red

Membantu Kerajaan Negeri mengenalpasti projek baru, membuat kajian kemungkinan keperluan perumahan.

pointer  red

Membantu pihak Ibu Pejabat membuat kajian terperinci projek yang telah diluluskan.

pointer  red

 

Menyelaras dan mengawasi agar kerja pembinaan dibuat mengikut spesifikasi dan kualiti yang ditentukan dan segala urusan berkaitan dengan pentadbiran kontrak, sehingga peringkat memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan pembaikan kecacatan.

pointer  red

Membantu melaksanakan pemeriksaan rumah bagi Skim Pinjaman Perumahan (SPP).

pointer  red

Membantu memastikan dasar dan arahan Kementerian dipatuhi dan dilaksanakan.

pointer  red Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan Negeri  berkaitan projek-projek yang dikendalikan oleh Kerajaan.

image

Piagam Pelanggan
 
  1.

 

Mengemukakan permohonan Notis Perubahan (NOC) yang lengkap daripada Jabatan ke Unit Perancangan Ekonomi (UPE) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

  2.
 

Mengemukakan permohonan tanah yang lengkap ke Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

  3.

 

Memastikan bahawa setiap bil / tuntutan bayaran kerja yang telah disemak dan disahkan dihantar kepada Pejabat Pembayar dalam tempoh tidak melebihi dua (2) hari bekerja dari tarikh ianya diterima.

 

image

Carta Organisasi
Sila klik  Carta Organisasi Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek.

 
   
pointer_purple Cawangan Pembangunan
 
  •  
Unit Pemantauan Projek  
  •  
Unit Bajet Pembangunan  
  •  
Unit Penilaian  
  •  
Seksyen Khidmat Pengurusan  
   
pointer_purple Cawangan Pengurusan Projek
 
  •  
Unit Pengurusan Projek
  •  
Unit Kontrak dan Ukur Bahan
  •  
Unit Kejuruteraan Awam dan Struktur
  •  
Unit Senibina
  •  
Unit Kejuruteraan Ukur Tanah
  •  
Unit Kejuruteraan Mekanikal
  •  
Unit Kejuruteraan Elektrik
   
pointer_purple  Cawangan Pelaksanaan Projek
 
  •  
Unit Penyelenggaraan
  •  
Pejabat Wilayah 1
  •  
Pejabat Wilayah 2
  •  
Pejabat Wilayah 3
  •  
Pejabat Wilayah 4
  •  
Pejabat Wilayah 5
  •  
Pejabat Wilayah 6

image

image Alamat Surat - Menyurat
 
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 5 - 9, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia.
 
No. Telefon : 603-8891 5000                                                                                                                                                           
No. Faks : 603-8891 3490
E-mel : papbd@kpkt.gov.my

image


Last Updated 2021-08-07 00:21:47 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page