w3c
logo-kpkt
Official Portal

MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

www.kpkt.gov.my

faq

FAQ

gap-line

hubungi-kami

Contact Us

gap-line

maklum-balas

Complaints
& Feedback

gap-line

peta-laman

Sitemap

Bahagian Keurusetiaan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa

| Visi | Misi | Objektif | Fungsi | Piagam Pelanggan | Carta Organisasi | Alamat Surat - Menyurat |

Visi

Menjadi penggerak kecemerlangan keurussetiaan strategik dan hubungan antarabangsa, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang efisyen, efektif dan dinamik.

image

Misi

Merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal keurussetiaan strategik dan hubungan antarabangsa KPKT, melalui pelaksanaan program pengurusan peringkat kementerian, kebangsaan dan antarabangsa dengan cekap dan berkesan.

image

Objektif
 
pointer_blue
 

Memastikan semua urusan mesyuarat utama kementerian dan maklum balas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; dan

pointer_blue
 

Memastikan penglibatan aktif kementerian dalam program dan aktiviti hal ehwal antarabangsa.

image

Fungsi dan Peranan
 
pointer_blue





 

Menyedia dan mengedar Minit Mesyuarat:

(a)    Pascakabinet;
(b)    Pengurusan Tertinggi (MPT); dan
(c)    Pengurusan.

pointer_blue

Menyelaras dan menyedia maklum balas:

(a)    Mesyuarat Pascakabinet;
(b)    Mesyuarat Pengurusan Tertinggi; dan
(c)    Mesyuarat Pengurusan.

pointer_blue

Menyelaras, menyedia dan mengemukakan maklum balas terhadap Mesyuarat-mesyuarat Utama Kerajaan yang dihadiri oleh YB Menteri KPKT, YB Timbalan Menteri KPKT dan KSU.

pointer_blue

Menyelaras, menyedia dan mengemukakan maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM).

pointer_blue

Menyelaras Memorandum dan Nota Jemaah Menteri.

pointer_blue

Menyelaras, menyedia dan mengemukakan ulasan terhadap Memorandum daripada Kementerian/ agensi lain.

pointer_blue

Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan urusan hal-ehwal Parlimen.

pointer_blue

Menyelaras maklum balas dan input ke atas usul-usul yang diterima daripada Parlimen.

pointer_blue

Menyelaras jawapan bagi soalan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) iaitu Lisan, Bukan Lisan, Usul, Kamar Khas dan Masa Pertanyaan Menteri (MQT).

pointer_blue

Menyelaras input dan menyedia Teks YB Menteri/ YB Timbalan Menteri di Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi Titah Diraja, Bajet Peringkat Dasar, Bajet Peringkat Jawatankuasa dan Rang Undang-undang.

pointer_blue

Mengurussetiakan Mesyuarat Penyelarasan Jawapan Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Mesyuarat Penyelarasan Teks Perbahasan bersama Pegawai Penyelaras Jabatan/Bahagian.

pointer_blue

Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti, program dan maklum balas hal-ehwal antarabangsa yang melibatkan KPKT.

pointer_blue
Mengurussetiakan program-program bagi United Nations Human Settlement Programme (UN-HABITAT) di Malaysia (National Focal Point).
pointer_blue
Menyelaras Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Habitat Sedunia dan memantau serta menyediakan Laporan Sambutan Hari Habitat Sedunia kepada UN-HABITAT.
pointer_blue
Mengurussetiakan penyertaan KPKT dalam organisasi antarabangsa [UN- HABITAT Governing Council (UNGC), Commonwealth Local Government Forum (CLGF), International Solid Waste Association (ISWA) dan Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM)].
pointer_blue
Menyelaras input dan menyedia Laporan Tahunan KPKT.
pointer_blue
Menyelaras lawatan rasmi ke luar negara YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan KSU bersama delegasi.
pointer_blue
Menyelaras kunjungan hormat/lawatan delegasi luar negara ke KPKT.
pointer_blue
Mengatur lawatan tapak delegasi antarabangsa dengan kerjasama Jabatan/ Bahagian berkaitan.
   

image

Piagam Pelanggan
 
1.

Mengurussetia mesyuarat-mesyuarat utama KPKT:

  i.    Mesyuarat Pascakabinet                     : 1 kali seminggu
  ii.   Mesyuarat Pengurusan                       : 1 kali seminggu
   
2.

Mengedar minit mesyuarat utama KPKT dalam tempoh 3 hari.

3.

Mengemuka maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri kepada Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan (BKPP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada tempoh yang telah ditetapkan oleh BKPP.

4.
Menyemak dan menguruskan Kertas Jemaah Menteri dalam tempoh 7 hari setelah diterima daripada Jabatan/Bahagian.
5.

Mengemuka Kertas Jemaah Menteri kepada BKPP, JPM pada tempoh yang telah ditetapkan oleh BKPP.

6.

Menyelaras dan mengemuka ulasan bagi Memorandum Jemaah Menteri dalam tempoh 14 hari atau mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian/Agensi.

7.

Mengemuka jawapan kepada pertanyaan Parlimen kepada YB Menteri atau YB Timbalan Menteri dalam tempoh 3 hari sebelum soalan dijawab di Parlimen.

8.
Menyelaras input dan menyedia teks Penggulungan Perbahasan Input Titah Diraja, Bajet Dasar dan Bajet Jawatankuasa bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.
9.

Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing ke KPKT dalam tempoh 2 bulan.

10.

Menyelaras kunjungan hormat dan lawatan delegasi asing ke KPKT dalam tempoh 7 hari.

11.
Menyelaras dan menyediakan maklum balas hal ehwal antarabangsa yang melibatkan KPKT dalam tempoh 3 hari atau masa yang ditetapkan oleh agensi.
   

image

Carta Organisasi

Sila klik Carta Organisasi Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa

image

Alamat Surat - Menyurat

Setiausaha Bahagian
Bahagian Keurusetiaan Strategik dan Hubungan Antarabangsa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 20, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4, 
62100, Putrajaya, Malaysia.

No. Telefon : 603-8891 5088/5089
No. Fax : 603-8891 3088
e-Mel : osh@kpkt.gov.my                                                                                              

image


Last Updated 2021-08-08 01:48:08 by Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page