Etika Penggunaan Internet KPKT |
KPKT telah menggunakan kemudahan ICT dalam usaha untuk mewujudkan penyampaian perkhidmatan. Walaupun sistem ICT digunakan bagi meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan sektor awam, terdapat segelintir penjawat awam menyalahgunakan aset ICT jabatan seperti muat turun bahan-bahan (lagu, video, gambar), chatting, melayari laman web yang tidak berkaitan dengan tugas jabatan dan sebagainya dalam atau luar waktu pejabat. |
|||||||||
Dalam menggalakkan amalan baik serta menangani isu salah laku guna aset ICT, Kerajaan telah menerbitkan kaedah dan penggunaan teknologi yang sesuai berpandukan kepada dokumen-dokumen berikut yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna ICT jabatan: |
|||||||||
|
|||||||||
Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) KPKT telah melaksanakan peningkatan infrastruktur keselamatan ICT bagi membendung penularan aktiviti negatif yang mudah dicapai melalui ICT di samping melindungi aset ICT Kerajaan bagi menjamin kesinambungan urusan kerajaan dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan. Justeru, beberapa polisi keselamatan ICT dilaksanakan dan berkuatkuasa serta-merta bagi perkara-perkara berikut: | |||||||||
|
|||||||||
Langkah-langkah pelaksanaan polisi keselamatan di KPKT dilaksanakan untuk tidak menjejaskan sistem ICT di pejabat dan memastikan kelancararan tugas rasmi. Ini adalah kerana kegiatan-kegiatan seperti melayari laman web porno atau memuat turun pelbagai gambar, lagu dan video melalui internet pada waktu pejabat akan menggunakan bandwidth (The amount of data that can be transmitted in a fixed amount of time expressed in bits per second or bytes per second) yang tinggi boleh memberi gangguan kepada sistem rangkaian. |
|||||||||
Sekiranya YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan mematuhi polisi yang dimaklumkan tetapi masih menghadapi masalah penggunaan internet, sila laporkan kepada Helpdesk BTM di talian 03-8891 5400 untuk tindakan susulan. Jika terdapat keperluan khusus melayari laman web yang telah disekat, sila e-mel kepada kpktsecurity@kpkt.gov.my untuk semakan dan pengesahan. |
|||||||||
Pihak BTM akan memaklumkan pelaksanaan polisi ini melalui e-mel rasmi Kementerian. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan amat diperlukan untuk memaklumkan kepada semua pegawai dan kakitangan masing-masing supaya mematuhi segala polisi keselamatan ICT ini bagi memastikan kelancaran tugas rasmi. |
|||||||||
Last Updated 2021-07-22 14:29:23 by Administrator